|
Duit Puasa
Tuesday, July 22, 2014 @ 5:50 AM | 0 Comment [s]
Assalamu'alaikum W.B.TLama sudah saya tidak meng-update blog. Hampir 6 bulan juga lah kan. haha.. bukan taknak update, tapi ketandusan idea nak merangka ayat untuk buat blog ni. Tambahan blog ni wujud pun sebab tugasan suruh buat blog. Kalau tidak rasanya sampai sekarang rasanya masih belum lagi wujud blog ni. haha. Kat sini nak bercerita sikit tentang 'duit puasa'. Kebiasaannya orang suka bercerita tentang duit raya, tetapi kali ni saya ingin bercerita tentang 'duit puasa'. Tahukah anda semua tentang 'duit puasa' ni? Apabila Ramadhan telah pergi, Syawal bakal menjelma.untuk menggantikan bulan Ramadhan. Bulan Syawal pula menandakan kemenangan orang Islam setelah *berpuasa menahan lapar & dahaga, dan juga *nafsu selama 1 bulan di bulan Ramadhan. *Semoga ianya berkekalan. Insya-Allah. Duit puasa ni seharusnya diamalkan oleh kita. kenapa?? sebabnya amalan yang kita lakukan pada bulan puasa akan mendapat ganjaran yang berganda oleh-Nya. Makin banyak amalan yang kita lakukan pada bulan Ramadhan yang mulia, makin banyak pahala yang dapat kita kaut. betul tak? hehe Kalau kita bagi duit sewaktu bulan Syawal atau bulan hari raya ni, pahala yang kita dapat pada bulan ni akan jadi seperti biasa berbanding pahala yang kita peroleh semasa kita berada di bulan Ramadhan. Sebab masa bulan Ramadhan tidur pun boleh dapat pahala. Sebab apa?? sebab tidur dapat mengelakkan kita berbuat dosa ketika bulan Ramadhan. Daripada berbuat perkara yang tidak berfaedah, lebih baik kita tidur je. Malam pula boleh bertadarus dan juga Qiamullail. hehe.. Jadi, itu sahaja yang saya ingin kongsikan pada post kali ni. InsyaAllah ilmu yang dikongsikan berguna untuk kita juga. Akhir kata, yang baik itu daripada Allah, segala kesilapan yang dilakukan itu adalah kesilapan saya sendiri. =D Sayu hati..
Friday, February 7, 2014 @ 12:47 PM | 0 Comment [s]
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera semuaaaaa....
Pada kali ini, aku nak bercerita tentang sayunya aku disini.. minggu lepas, aku telah masuk ke hospital atas sebab disyak appendix.. *alah, syak je pun.. bukan ade ape pun kan.. aku ditahan di wad hospital selama 3hari. Pada ketika itu, aku terfikir sejenak. Apa yang telah aku lakukan sepanjang hidup aku yang semakin lama semakin tua..*memanglah makin lama makin tua kan, takkan makin lama makin muda.. ish merepek je.. hahaha
Pada masa tu aku pikirlah macam-macam perkara. sampai aku tak boleh tidur sebab asyik memikirkan macam-macam perkara tu. antara beberapa perkara tu berbunyi macam ni.. "apakah pandangan orang terhadap diriku" dan secara tak langsung terlintas macam-macam jawapan dan semua jawapan itu rata-ratanya negatif. orang kutuk itulah, inilah. Ada je yang tak puas hati memanjang..
Kemudian aku berfikir semula, kenapa aku harus fikirkan tentang semua ini, kenapa aku nak fikirkan tentang kutukan orang terhadap aku? Dan kemudian aku berfikir dengan lebih mendalam, aku fikir bahawa memang manusia yang sempurna pada akhir zaman ni.. Orang yang rasa dia sempurna tu memang tak masuk akal lah kan..*setiap manusia ada melakukan kesalahan kan.. Lantas aku terfikir, lebih baik aku cari jalan untuk menjadi baik dan lebih baik dan semakin baik. Daripada aku fikir perkara yang takkan ada penyudahnya.. Memang pastinya akan ada kutukan yang akan aku terima walau macamana pun diri aku nie..
Sejak hari tu, aku fikir lebih baik fikirkan pasal diri aku je daripada aku menyerabutkan otak aku untuk fikir pasal orang lain. Mana yang baik teguran aku jadi teladan, yang buruk aku endahkan. Itulah jalan yang terbaik. Yang penting, setiap perkara yang aku nak lakukan tu betul dan tak salah. Kalau orang tak suka tu endahkan je. Kalau orang nak tegur ke, nasihat ke.. aku boleh terima. Tapi kalau nak kutuk-kutuk belakang, ahh sudahlah.. buang masa je..
Betullah prinsip ni,
"JUST BE YOURSELF"
Jangan jadi orang lain semata-mata nak sedapkan pandangan orang lain.. jadilah diri sendiri yang dapat mendekatkan kita dengan Pencipta.
Jadi diri sendiri tu biarlah betul dari segi pemahamannya. Jangan pulak sampai nasihat yang baik pun diendahkan..
Itu je cerita yang nak diceritakan pada kali ini.. Sehingga bertemu lagi di lain hari. InsyaAllah.
Assalamu'alaikum.. ^_^
Nasihat..
Monday, December 30, 2013 @ 12:24 AM | 0 Comment [s]
|
![]() |
| Saya & Anak Owner J&J Bakery |
"I am single but not available"
![]() |
| Bendang di Pulau Pinang |
![]() |
| Biology Research |
Just simple story~ but every story have their own experience. :D