Keep Shining ~
Sayu hati..

Friday, February 7, 2014 @ 12:47 PM | 0 Comment [s]

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera semuaaaaa....

Pada kali ini, aku nak bercerita tentang sayunya aku disini.. minggu lepas, aku telah masuk ke hospital atas sebab disyak appendix.. *alah, syak je pun.. bukan ade ape pun kan.. aku ditahan di wad hospital selama 3hari. Pada ketika itu, aku terfikir sejenak. Apa yang telah aku lakukan sepanjang hidup aku yang semakin lama semakin tua..*memanglah makin lama makin tua kan, takkan makin lama makin muda.. ish merepek je.. hahaha

Pada masa tu aku pikirlah macam-macam perkara. sampai aku tak boleh tidur sebab asyik memikirkan macam-macam perkara tu. antara beberapa perkara tu berbunyi macam ni.. "apakah pandangan orang terhadap diriku" dan secara tak langsung terlintas macam-macam jawapan dan semua jawapan itu rata-ratanya negatif. orang kutuk itulah, inilah. Ada je yang tak puas hati memanjang..

Kemudian aku berfikir semula, kenapa aku harus fikirkan tentang semua ini, kenapa aku nak fikirkan tentang kutukan orang terhadap aku? Dan kemudian aku berfikir dengan lebih mendalam, aku fikir bahawa memang manusia yang sempurna pada akhir zaman ni.. Orang yang rasa dia sempurna tu memang tak masuk akal lah kan..*setiap manusia ada melakukan kesalahan kan.. Lantas aku terfikir, lebih baik aku cari jalan untuk menjadi baik dan lebih baik dan semakin baik. Daripada aku fikir perkara yang takkan ada penyudahnya.. Memang pastinya akan ada kutukan yang akan aku terima walau macamana pun diri aku nie..

Sejak hari tu, aku fikir lebih baik fikirkan pasal diri aku je daripada aku menyerabutkan otak aku untuk fikir pasal orang lain. Mana yang baik teguran aku jadi teladan, yang buruk aku endahkan. Itulah jalan yang terbaik. Yang penting, setiap perkara yang aku nak lakukan tu betul dan tak salah. Kalau orang tak suka tu endahkan je. Kalau orang nak tegur ke, nasihat ke.. aku boleh terima. Tapi kalau nak kutuk-kutuk belakang, ahh sudahlah.. buang masa je..

Betullah prinsip ni,

"JUST BE YOURSELF" 
Jangan jadi orang lain semata-mata nak sedapkan pandangan orang lain.. jadilah diri sendiri yang dapat mendekatkan kita dengan Pencipta.
Jadi diri sendiri tu biarlah betul dari segi pemahamannya. Jangan pulak sampai nasihat yang baik pun diendahkan..

Itu je cerita yang nak diceritakan pada kali ini.. Sehingga bertemu lagi di lain hari. InsyaAllah.
Assalamu'alaikum.. ^_^


Older Post | Newer Post
ME !

Assalamu'alaikum
Nama: Muhamad 'Afif bin Ahmad Rosdi
Student UPM Kampus Bintulu
Enterprenuerial lifestyle
Aktif bersukan~
Keep smiling ~ Just simple story~ but every story have their own experience. :D

Just simple story~ but every story have their own experience. :D


Let's Talk!


BLOG ARCHIEVE

  • Nasihat..
  • Budak comel :P
  • best quote
  • Kampungku..
  • Amali biology
  • SK Serdang
  • Ekspo UPM Serdang
  • Basketball
  • Sushi King !
  • Putra Kem 2013/2014

  • The Credits!

    Template by : Farisyaa Awayy
    Basecode by : Nurynn
    Full Edited : MID

    Best View at GOOGLE CHROME!